Monday, August 10

Ratusan warga Miri kunjungi rumah terbuka Lawrence Lai

0

MIRI: Ratusan warga Miri mengunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai di Luak Bay, semalam.

Rumah terbuka berkenaan adalah sempena kunjungan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta rombongannya.

Majlis terbabit turut dihadiri kakitangan MBM secara langsung bagi mengeratkan dan mengekalkan semangat muhibah  di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Selain disajikan dengan makanan yang enak, para tetamu turut dihiburkan dengan tarian singa yang memukau perhatian.