Sibu bebas kejadian banjir ketika Tahun Baharu Cina

0

SIBU: Masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baharu Cina di sini tahun ini berasa gembira apa­bila Sibu bebas daripada kejadian banjir sebelum dan semasa perayaan terse­but.

Sebelum ini, Sibu dira­malkan mengalami banjir gelombang kedua sebelum dan semasa sambutan Ta­hun Baharu Cina sekiranya hujan lebat turun berteru­san beberapa hari.

Namun, cuaca baik sejak minggu lalu mem­bolehkan penduduk Sibu menarik nafas lega apabila banjir yang diramalkan berlaku tidak melanda meskipun kejadian air pasang berlaku sejak kelmarin.

Menurut seorang pen­duduk, Danny Wong, be­liau amat gembira kerana cuaca baik semasa sambu­tan Tahun Baharu Cina tahun ini.

“Awal tahun ini, kawas­an kediaman saya di Hulu Sungai Merah dilanda ban­jir disebabkan hujan turun berterusan diikuti kejadian air pasang besar.

“Tetapi, kali ini ka­wasan Hulu Sungai Merah terutama jalan-jalan bebas banjir meskipun sebelum ini banjir diramalkan akan berlaku,” katanya di sini semalam.

Menurut Wong, ini membolehkan beliau seke­luarga berkunjung ke ru­mah saudara-mara dengan hati gembira tanpa perlu berasa bimbang masalah banjir.

Menurutnya, mereka sekeluarga pada mulanya agak bimbang sekiranya banjir gelombang kedua berlaku sebagaimana yang dijangkakan.

Oleh itu, mereka telah membuat segala persiapan yang perlu bagi mengha­dapi sebarang kemungki­nan banjir.

Sementara itu, sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu berlangsung cukup meriah dengan amalan kunjung-mengunjungi oleh pelbagai kaum.

Sambutan tahun ini seperti tahun-tahun lalu tidak terkecuali dengan letupan mercun dan bunga api, yang amat rancak terutamanya ketika ten­gah malam menjelang Tahun Baharu Cina (31 Januari).

Ini sekali gus menun­jukkan keadaan ekono­mi pada Tahun Kuda mengikut masyarakat Cina adalah lebih baik berband­ing tahun-tahun lalu.