Thursday, July 7

Skuad Piala Presiden S’wak terus dirundung malang

0

KUCHING: Sarawak terus dirundung malang pada saingan Piala Presiden 2014 apabila tewas 1-4 dalam per­lawanan kedua Kumpulan A menentang Kelantan di Sta­dium Negeri, Khamis lalu.

Anak-anak buah Johnny Dominicus seperti hilang punca dan banyak melaku­kan kesilapan mudah teru­tamanya jentera benteng pertahanan.

Kesempatan itu diman­faatkan sepenuhnya oleh barisan Kelantan yang juga juara musim 2013 untuk men­dahului Sarawak 2-0 pada babak pertama.

Penyerang tuan rumah, Eugene Thompson men­gurangkan defisit gol kepada 2-1 setelah meletakkan nama selaku penjaring pada awal babak kedua.

Namun, Kelantan terus rakus menghukum kerapu­han benteng pertahanan Sarawak dengan mencetak dua lagi gol sebelum perla­wanan berakhir.

“Pemain masih belum menemui rentak dan hilang fokus. Benteng pertahanan juga terlalu cuai dan ban­yak melakukan kesilapan mudah.

“Mungkin pemain masih terkejut selepas tewas di tangan Kedah pada perla­wanan pertama tempoh hari. Tambahan lagi, kita terpaksa menentang dua pasukan yang serba mantap di peringkat awal,” kata Johnny mengulas perlawanan tersebut.

Menurut Johnny, beliau menerima kekalahan terse­but namun pada masa sama mengingatkan anak-anak buahnya menjadikan dua kekalahan tersebut sebagai pengajaran berguna.

“Saingan liga baru bermula dan perjalanan masih jauh. Peluang juga masih terbuka namun pemain perlu men­ingkatkan tahap permainan mereka untuk terus bersa­ing dengan pasukan-pasukan lain,” jelasnya.

Sarawak akan bertandang ke Stadium Mini Petronas Bangi untuk menentang KL Felda United pada Khamis depan (6 Februari).