Pendedahan buat pemanah muda

0

BERSEMANGAT TINGGI: Frankie (kiri), Hidayat, Wan Farah, Fazira, Ezmir, Wan Faris dan Ahmad Hairul bersemangat pada sesi latihan di tempat letak kereta Stadium Sarawak, Petra Jaya.

KUCHING: Jurulatih Me­manah Sarawak, Abdul Ra­zak Yaacob mendedahkan majoriti pemanah skuad pelapis SUKMA akan tu­rut serta pada kejohanan memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) Antara Bahagian di SMK Kubong, Limbang.

“Kira-kira 90 peratus dari­pada pemanah skuad SU­KMA dan pelapis kita akan mengambil bahagian pada kejohanan tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya, kejohanan yang akan diadakan pada 18 hingga 22 Februari ini akan menjadi medan latihan bagi pe­manah muda untuk mendapat pendedahan dan pengalaman memandangkan sebilangan besar peserta akan bertanding dalam acara lima hari itu.

“Saya sendiri juga akan ha­dir bagi mengukur kekuatan dan kelemahan pemanah su­paya langkah-langkah perlu boleh diambil untuk mem­perbaiki prestasi mereka,” katanya.

Mereka yang akan turut ser­ta terdiri daripada pemanah pelapis SUKMA yang dipilih dari Kuching dan Sematan (7), Bintulu (2) dan Sarikei (1).

“Mereka dipilih semasa kem latihan di Miri Disember lalu dan berumur antara 16 hingga 18 tahun. Pemanah ini juga akan dilatih sebagai persediaan Sarawak menghadapi SUKMA 2016,” jelas jurulatih yang ber­pangkalan di Miri itu.

Antara yang paling muda ialah Emir Hidayat Soedirman (15) dari SMK Green Road yang memenangi dua pingat emas dan dua gangsa pada kejohanan memanah antara sekolah-sekolah Bahagian Kuching anjuran MSSS di SMK Sematan pada 16 hingga 18 Januari lalu.

Hidayat bersama-sama Jack­ie Then dari SMK Asajaya juga dipilih mewakili Kuching pada pertandingan memanah MSSS antara bahagian di Limbang nanti dan juga kem latihan neg­eri selama lima bulan di Miri.

Pemanah lain dari Kuch­ing juga dijangka bertanding di Limbang ialah Wan Farah Aina dan Ezmir Sadriq Su­hardi, kedua-dua berusia 16 tahun dari Kolej Abdillah.

Keempat pemanah terbabit giat menjalani latihan sendiri di tempat letak kereta Sta­dium Sarawak, Petra Jaya bersama-sama pemanah SU­KMA iaitu Wan Faris Zain, Ahmad Hairul Anwar dan Fazira Desa.