Lantikan bertepatan perancangan

0

AWANG TENGAH

Awang Tengah sambut baik pelantikan Adenan sebagai KM baharu

KUCHING: Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pelantikan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu bertepatan dengan perancangan yang telah dirangka sebelum ini.

“Saya dan barisan pemim-pin yang lain menyambut baik keputusan ini dan ia bertepatan dengan perancangan yang telah pun dibuat.

“Perkara yang penting se-karang ialah meningkatkan lagi kerjasama berpasukan untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah diasaskan oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Ku-ching (LTAK) semalam.

Beliau antara menteri kabinet negeri yang menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di LTAK untuk lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak.

Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua berkata, barisan kepimpinan negeri akan memberi komitmen serta sokongan untuk bekerjasama dengan Adenan demi pembangunan berterusan negeri dan rakyat khasnya.

ABDULLAH

Sebelum ini, Awang Te-ngah antara nama yang di-sebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Menteri kelima menggantikan Taib yang memegang jawatan itu selama 33 tahun.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol percaya Adenan akan meneruskan pembangunan luar bandar sepertimana dirancang Taib.

“Saya yakin harapan rakyat semua adalah usaha pembangunan terutama di pedalaman mesti dirancakkan lagi.

“Agenda pembangunan Pehin Sri Taib akan diteruskan terutama untuk memastikan kejayaan projek pembangunan SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak),” katanya kepada Utusan Borneo.

Abdullah pada masa yang sama menyeru semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk memperhebatkan momentum kekuatan kerja di kawasan masing-masing.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Taib meng-ambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan memilih pengganti.

“Sebagai Ketua Setia-usaha Politik kepada Ketua Menteri yang baharu, saya akan meneruskan komitmen kerja saya seperti biasa,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kebijaksanaan Taib yang mempunyai pengalaman selama 50 tahun dalam politik dan mengalami pelbagai ujian getir tidak mungkin diragui oleh sesiapa.

Malah, katanya, pada me-syuarat yang lepas semua pe-mimpin tertinggi komponen BN termasuk PBB bersetuju sebulat suara untuk menye-rah tanggungjawab memilih Ketua Menteri baharu kepada Taib sekali gus menghormati pilihan yang dibuat.

“Mungkin untuk sementara waktu kita akan menyaksikan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak tetapi akhirnya yang penting ialah kami di PBB mesti terus bersatu mengukuh-kan kekuatan parti, begitu juga rakan-rakan dari parti komponen yang lain.

“Cabaran seterusnya adalah untuk merancang setiap persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.