Keluarga mangsa kebakaran terima bantuan

0

RINGANKAN BEBAN: Marini menyampaikan sumbangan kepada wakil mangsa sambil disaksikan oleh Zulfadly (di sebelah kiri Marini) pada majlis penyerahan derma semalam.

MIRI: Empat keluarga mangsa kebakaran di Estet Ladang Tiga Miri menerima bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Penerima ialah keluarga Sainuddin Jessa, Abidin Rudding, Mardin Aspal dan Saso Modding.

“Mereka menerima bantuan wang daripada TBS. Kami juga mengagihkan sumbangan pakaian daripada orang ramai kepada mangsa,” jelas Ketua TBS Cawangan Miri Marini Juraibi.

Majlis penyerahan bantuan itu telah dilakukan semasa lawatan mereka ke Sarawak Plantation Agriculture Development (SPAD) Estate Ladang 3 Miri semalam.

Hadir sama ialah Penolong Pengurus Ladang Mohammad Zulfadly Rasidi.