Wednesday, December 7

Piala FA: Sarawak gagal ke suku akhir, seri dengan KL Felda United

0

Gambar Muhammad Rais Sanusi

Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Hasrat Sarawak untuk mara ke pusingan separuh akhir Piala FA 2014 tidak kesampaian apabila sekadar seri 2-2 dengan KL Felda United pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Negeri sebentar tadi.

Sarawak mendahului menerusi jaringan Joseph Kalang Tie pada minit ke-17 sebelum Zar Rahan Kranger menyamakan kedudukan buat pasukan lawan pada minit ke-36.

Pemain gantian Akmal Rizal kembali menghidupkan peluang Sarawak dengan jaringan pada minit ke-80.

Kedudukan itu tidak kekal apabila Zar sekali lagi menjadi duri dalam daging Sarawak dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83.

Felda United mara ke separuh akhir menerusi peraturan jaringan di tempat lawan.