BN boleh menang DUN Kajang: Abdullah

0

KENANG JASA: Abdullah (kiri) ketika hadir pada seminar ‘Memperingati Allahyarham Profesor Datuk Dr Mohamed Mackeen Abdul Majid’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak semalam. Turut hadir Prof Ulung Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) UIAM Tan Sri Prof Dr Mohd Kamal Hassan (kanan). — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah hala-ngan besar untuk Barisan Nasional menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pili-han raya kecil 23 Mac itu.

BN boleh memenangi-nya jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan ter-utama daripada pembangkang, katanya.

“Peluang itu ada kalau kita (BN) boleh menjelaskan dan memberi keterangan dengan baik kepada pengundi di sana. Jika perlu kita menghadapinya, kita perlu buat dengan baik.

“Jika kita mampu me-nyampaikan hujah-hujah yang baik kepada peng-undi untuk meyakinkan mereka, saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar ‘Memperingati Allahyarham Profesor Datuk Dr Mohamed Mackeen Abdul Majid’, bekas pensyarahnya ketika di Universiti Malaya, di sini semalam.

Abdullah berkata se-kiranya BN gagal memberi penerangan atau tidak ber-satu padu dalam melaksanakan kempen pilihan rayanya, maka peluang untuk merampas kerusi DUN Kajang itu, yang sebelum ini disandang PKR, agak sukar.

Ditanya mengenai tindakan BN yang masih belum mengumumkan calon untuk bertanding di PRK DUN Kajang itu, Abdullah berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi BN untuk meng-umumkannya pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai.

PRK DUN Kajang diada-kan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.

PKR menamakan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas. — Bernama