SUPP Cawangan Serian tidak puas hati dengan senarai ahli majlis MDS

0

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Serian melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan senarai ahli majlis atau kaunselor Majlis Daerah Serian (MDS) yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, SUPP Cawangan Serian telah mengemukakan senarai calon mereka sendiri kepada pusat parti pada 2013.

Cawangan berasa kesal dengan pelantikan yang dianggap tidak mematuhi semangat Barisan Nasional (BN) kerana ia tanpa meng-adakan perundingan dahulu dengan kepimpinan jawatan-kuasa pusat parti.

Apabila SUPP membantu untuk membentuk kerajaan campuran di Sarawak pada 1970, telah dipersetujui bahawa mesti ada perun-dingan dan dipersetujui oleh semua parti komponen bahawa perundingan perlu diadakan sebelum sebarang keputusan utama dibuat, yang merupakan semangat BN.

Secara konvensionalnya, pelantikan kaunselor dan ketua masyarakat dibuat berdasarkan syor atau cada-ngan parti di mana setiap parti akan terlebih dahulu mengemukakan senarai calon kepada kementerian yang relevan.

Kementerian kemudiannya akan melantik menurut senarai yang telah dikemuka-kan oleh parti.

Bagaimanapun SUPP Cawangan Serian amat kecewa apabila 60 peratus calon terbaik yang dikemukakan oleh cawangan tidak dilantik.

Malahan cawangan itu turut ingin menyokong kenyataan Ketua Sayap Wanita Pusat Amy Tnay, iaitu menghormati keputu-san parti adalah kualiti tersirat yang mesti dimiliki oleh semua ahli parti.

Pelantikan mana-mana jawatan rasmi termasuk pemimpin masyarakat, ahli majlis dan pegawai daerah mestilah berdasarkan syor parti dan bukan saluran lain kerana kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi mana-mana ahli.

SUPP Cawangan Serian dengan itu menyeru kepada semua ahli cawa-ngannya bertenang dan memberi sokongan serta terus berkhidmat kepada rakyat.