Tarikh penamaan calon, pengundian Parlimen Belia ditangguh

0

PUTRAJAYA: Tarikh pe-namaan calon dan pengundi-an Parlimen Belia Malaysia (PBM) terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak ekoran masalah tek-nikal pada laman sesawang PBM.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keputusan penangguhan itu bagi meng-elak berlakunya masalah yang boleh menimbulkan pertikaian terhadap kredibiliti PBM.

“Jangan rumah siap pahat berbunyi. Saya amat kesal dengan segala kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh semua pendaftar PBM,” kata-nya dalam ucapan Sempena Majlis Penyerahan Cek Bantuan Pentadbiran kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah bagi tahun 2014 di sini semalam.

Namun beliau amat teruja kerana banyak belia yang telah meluahkan hasrat dan berminat untuk bertanding sebagai ahli PBM dan se-hingga kini sebanyak 210,000 belia berusia antara 18 hingga 40 tahun telah berdaftar sebagai pengundi.

Berdasarkan cadangan asal, penamaan calon bagi 119 kerusi PBM akan berlangsung akhir bulan ini sementara pengundian pula diadakan Mac, manakala persidangan pertama dijangka diadakan pada April.

Khairy berkata masalah timbul sejak Jumaat lepas dan kini laman  itu terpaksa diturunkan ekoran timbul banyak persoalan tentang simulasi yang sepatutnya diadakan pada minggu ini.

“Kami mendapati laman web tersebut mempunyai beberapa kelemahan yang perlu  diatasi sebelum pengundian dijalankan dan kami sudah menjangka akan muncul beberapa masalah teknikal,” katanya.

Kementerian sedang bertungkus-lumus untuk meng-atasi masalah yang telah  dikenal pasti sewaktu proses audit dilakukan terhadap sistem pengundian baru-baru ini, katanya.

Beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab berhubung perkara berkenaan  memohon maaf dan berharap mereka yang sudah berdaftar dapat bersabar sehingga masalah ini selesai.

Penyerahan cek bantuan bernilai RM10.10 juta itu disampaikan Timbalannya  Datuk M. Saravanan kepada 142 buah pertubuhan belia yang terdiri daripada pertubuhan belia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah serta badan beruniform. — Bernama