Sarawak paling kurang guna Talian Nur

0

KUCHING: Sarawak antara negeri yang pa-ling kurang menggunakan Talian Nur, dedah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya kurang menerima panggilan dari Sarawak sejak talian itu diperkenalkan pada 5 Di-sember 2007 oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Oleh itu, kami harap rakan-rakan media dapat membantu kami mempromosikan Talian Nur ini iaitu 15999 kerana kami kurang mendapat laporan daripada rakyat Sarawak menerusi talian ini.

“Apa yang saya takut timbul satu persepsi yang memikirkan talian ini hanya diguna pakai di Sememanjung Malaysia sahaja tetapi sebenarnya ia diguna di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Karisma Mayang dan Nadi di Bilik Media, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baharu di sini semalam.

Rohani berkata, disebabkan kurang menerima panggilan menerusi talian itu, ia menunjukkan seperti Sarawak tidak mempunyai kes berkaitan kementerian tersebut.

“Kami berharap rakyat Sarawak menggunakan talian ini kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kecemasan sahaja tetapi tempat bertanya atau membuat aduan tentang bantuan yang disediakan oleh kementerian,” tegasnya.

Tambahnya, pengguna Talian Nur itu boleh mendapatkan maklumat tentang bantuan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) termasuk skim bantuan kebajikan daripada kementerian.

“Jadi gunakanlah per-khidmatan yang kita tawarkan ini sebaik-baiknya,” ujarnya.

Mengenai perkembangan kes penderaan kanak-kanak Malaysia di Sweden, Ro-hani menjelaskan bahawa setakat ini pihaknya telah menyerahkan empat laporan mengenai perkemba-ngan dan keadaan empat kanak-kanak itu kepada Wisma Putra untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa Sweden.

“Kami juga telah melantik dua pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memantau dan mengemas kini perkemba-ngan kanak-kanak ini setiap minggu.

“Syukur sekarang mereka dalam keadaan baik, tenang, selesa dan selamat dan mereka perlahan-lahan menyesuaikan diri di seko-lah,” jelasnya.