Dua beradik ditahan disyaki terlibat kes curi kenderaan

0

SIBU: Dua daripada empat adik-beradik yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di sebuah ladang kelapa sawit di Pasai Siong petang kelmarin ditahan reman pagi semalam.

Dua suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an kini ditahan di lokap polis di sini dan kes masih dalam siasatan.

Empat adik-beradik tersebut ditahan polis di kawasan ladang berkenaan namun hanya dua daripada mereka dipercayai terbabit dalam kes kecurian tiga buah lori, tiga motosikal dan dua kenderaan pacuan empat roda yang dirampas polis petang itu.

Menurut sumber, sebuah lagi lori masih berada di kawasan ladang tersebut kerana enjinnya tidak dapat dihidupkan, manakala kenderaan lain telah dibawa ke balai.

Dengan penemuan beberapa kenderaan curi tersebut, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kenderaan yang dilaporkan hilang sejak 2009.