Nombor pertanyaan am ditukar kepada 03-78841234

0

KUALA LUMPUR: Nombor pertanyaan am sekarang 03-78841234 berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan bertukar mulai Isnin jam 12 tengah hari.

MAS dalam satu kenyataan di sini semalam  menerangkan keluarga penumpang dan kru MH370 boleh memanggil 03-87775770 untuk sebarang pertanyaan.

“Nombor ini disediakan khusus untuk keluarga berkenaan saja,” menurutnya.

Untuk media membuat pertanyaan, mereka boleh hubungi 03-87775698 atau 03-87871276 dan update terbaru mengenai insiden itu, orang ramai boleh layari www.malaysianairlines.com. — Bernama