Sertailah futsal tujuh sebelah anjuran IAK

0

KUCHING: Peminat futsal diajak menyertai kejohanan futsal tujuh sebelah anjuran Persatuan India Kuching (IAK) yang akan diadakan di sini pada 29-30 Mac ini.

Kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada 22-23 Mac ditunda ke tarikh tersebut bagi memberi peluang kepada lebih banyak pasukan untuk turut serta

Jawatankuasa kejohanan berkata, tarikh tutup peryertaan pada 26 Mac ini.

Maklumat serta borang kejohanan boleh diperolehi dengan menghubungi Jamail Obeng (016-8584846), Navaraja (012-8917855), Joseph Perianayagam (012-8919026), Ratha Perumall (019-8285891) dan John Selvaraj (019-81655685).

Juara bakal membawa pulang RM2,000 manakala RM1,250 dan RM750 bagi pemenang tempat kedua dan ketiga.

Hadiah akan disampaikan pada majlis makan malam yang akan diadakan pada Mei depan.