Muhyiddin terima kunjungan naib presiden Liberia

0

PUTRAJAYA: Naib Presiden Liberia Joseph Nyuma Boakai semalam mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau di sini.

Kedua-dua pemimpin, antara lain, membincangkan tentang perdagangan, ekonomi, pelaburan dan pendidikan pada pertemuan itu.

Boakai sedang dalam rangka lawatan tujuh hari ke Malaysia bermula Sabtu lepas (22 Mac) atas undangan Sime Darby Plantation.

Sime Darby Plantation, anak syarikat perladangan dan agroperniagaan konglomerat Malaysia Sime Darby Bhd, menjalankan perladangan di Liberia. — Bernama