Wednesday, March 20

Terubuk masin dapat sambutan orang ramai

0

SIBU: Sebut sahaja ikan terubuk masin Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakannya apabila dicicah dengan perahan limau kasturi dan cili padi.

Sudah menjadi kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Bumi Kenyalang untuk membeli ikan terubuk masin sebagai ole-ole untuk sanak saudara dan sahabat handai.

Salah seorang peniaga ikan terubuk masin di Pasar Sentral Sibu yang hanya mahu dikenali sebagai Hartina, 41, memberitahu bahawa dia telah menjalankan perniagaan itu sejak empat tahun lepas.

Katanya, ikan terubuk masin sentiasa mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai, khususnya penduduk di sekitar bandar Sibu.

“Saya mendapatkan bekalan ikan terubuk dari Kuching, Mukah, Daro dan Dalat. Selepas itu, saya yang turut dibantu oleh ahli keluarga akan melakukan proses membuat ikan terubuk masin.

“Kemudian, ikan terubuk masin yang siap diproses akan dipasarkan di Pasar Sentral Sibu,” ujarnya ketika ditemui pemberita, semalam.

Tambah Hartina, ikan terubuk masin dijual ikut saiz.