Tuesday, August 9

Piala JIM Sematan 2014 semai semangat kesukanan, cungkil bakat belia Sematan

0

KUCHING: AJK Rekreasi Imigresen dan Komuniti Sematan akan mengan­jurkan Pertandingan Bo­lasepak Tujuh Sebelah Tertutup Lundu Jemputan bagi merebut Piala JIM Sematan 2014 pada 18-20 April bertempat di Padang Bolasepak Majlis Daerah Kecil Sematan.

Pengerusi Penganjur merangkap Ketua Imi­gresen Sematan Kusairi Sepawi berkata, objektif utama pertandingan adalah untuk menyemai semangat kesukanan dan mencung­kil bakat di kalangan belia di sana.

Selain itu, ia juga bertu­juan memartabatkan arena bolasepak tanah air sekali gus merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan agensi kerajaan dan masyar­akat setempat melalui su­kan.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan meng­hubungi Abu Bakar Mos (013-8230481), Bruwin Jumput (019-4848913, Pejabat Imigresen Sema­tan), Awang Sefri Awang Matjri (082-711101, Pejabat Daerah Kecil Sematan) dan Wan Taib Wan Hamid (082-735501/735006, Ma­jlis Daerah Lundu).

Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM100 dan borang peny­ertaan perlu dihantar pada 14 April.

Cabutan undi dan tak­limat pengurus diadakan pada tarikh sama jam 3 petang bertempat di Dewan Masyarakat Cina Sematan.

Kusairi menambah acara sampingan yang turut diad­akan adalah pertandingan memancing di persisiran pantai, menyumpit, layang-layang laga (soak) dan gu­bahan bunga hidup.

Yuran penyertaan bagi acara memancing (RM10), menyumpit (RM10), layang-layang (RM10) dan gubahan bunga (RM5).

Tarikh tutup penyertaan dan taklimat bagi acara sampingan pada tarikh pertandingan diadakan.

Hadiah lumayan bakal menanti para pemenang.

Unutk maklumat lanjut, hubungi AJK Pertandingan Abu Bakar Mos dan Bruwin Jumput.