Sunday, May 16

Mangsa kebakaran Rumah Adin Jawa terima RM10,000 sumbangan DUN Sarawak

0

SIBU: Penderitaan serta beban ditanggung mangsa kebakaran Rumah Adin Jawa, Sungai Engkalat di sini turut mendapat perhatian Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Asfia yang ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng me-rangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie mengunjungi mangsa kebakaran di rumah panjang terbabit kelmarin dan menyerahkan sumbangan RM10,000 daripada pihak DUN Sarawak.

Tuai Rumah Adin mewakili mangsa-mangsa kebakaran menerima cek sumbangan itu daripada Asfia pada majlis ringkas di tapak rumah panjang terbabit.

Hadir sama Setiausaha Po-litik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit, Pemanca Stanley Gramong, Penghulu James Semilan dan Penghulu Jeffrey Sut.

Sejurus selepas majlis pe-nyerahan sumbangan, Asfia turut ditemani Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Zon Sibu/Mukah Awang Julaihi Awang Ali Borhan melawat tapak rumah panjang terbabit dan bermesra dengan mangsa-mangsanya.

Rumah Adin Jawa di Sungai Engkalat kira-kira lapan kilo-meter dari pusat bandar dan sepanjang 18 pintu musnah dalam satu kebakaran jam 8.30 pagi, Khamis lalu.

Kebakaran itu turut me-musnahkan empat rumah berasingan berdekatan rumah panjang berkenaan dan menyebabkan 124 orang tinggal sehelai sepinggang.

Sejumlah 70 pintu rumah berasingan dibina berdekatan rumah panjang yang bertapak di situ sejak lebih 100 tahun lalu.