SPRM kumpul input bagi cadangan pindaan Akta SPRM

0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam proses mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagimendapat input berkenaan cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah (SPPPR) dan soal pelantikan ketua pesuruhjayanya.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata perbincangan berkenaan perlu diadakan kerana cadangan itu melibatkanpindaan Akta SPRM 2009, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta peraturan perkhidmatan yang lain.

“Kita perlu mengadakan beberapa perjumpaan bertujuan untuk mendapatkan sokongan, kita juga perlu memberi penerangan sejelasnya kepada rakyat termasukbadan bukan kerajaan (NGO), badan berkanun dan semua lapisan masyarakat termasukahli Parlimen sendiri.

“…dan bila (pindaan rang undang-undang) dibentangkan di Parlimen (kelak), tidak ada lagi suara-suara yang membangkang,” katanya dalam sidang akhbar dipejabatnya di Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata cadangan itu juga adalah langkah penting yang mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menzahirkan kebebasan, ketelusan dan keberkesanan SPRM dalam menghadapi cabaran pembasmian rasuah.

Abu Zahar berkata jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM wajar dinaik taraf setanding dengan jawatan penting negara seperti Peguam Negara dan Ketua AuditNegara.

Sehubungan itu, beliau berkata pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan bukan di bawah Akta SPRM2009.

“Tujuan (cadangan pindaan) ini untuk menubuhkan sebuah badan bebas serta  berkecuali dan menjalankan tanggungjawab lebih profesional dan tidak adakepentingan apa-apa, (hanya) semata-mata bertujuan untuk mengekang danmenghindarkan rasuah di semua peringkat tak kira dalam perkhidmatan awam atauswasta,” katanya.

Beliau berkata SPPPR akan bertanggungjawab bagi pelantikan, pengesahan dan kenaikan pangkat warga SPRM.

Penubuhan SPPPR juga akan membolehkan SPRM mempunyai mekanisme pengurusan sumber tenaga kerja yang lebih berkesan dan memastikan kapasiti serta kompetensipegawainya dibentuk dengan baik, katanya.

Beliau berkata perbincangan pertama semalam melibatkan wakil masyarakat serta NGO dan akan diadakan secara berterusan selepas ini. — Bernama