Bomba sasar tubuh 77 ‘fire point’ di seluruh Sarawak

0

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat menyasarkan untuk menubuh 77 ‘fire point’ di kawasan perkampungan seluruh negeri pada tahun ini.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk kampung mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran.

“Pada tahun ini kami telah menubuhkan 24 buah ‘fire point’.

“Ia ditubuhkan untuk mencetuskan pendekatan berasaskan komuniti dalam mencegah dan melawan kebakaran,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Hisham Mohammad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bilangan ‘fire point’ yang akan dilaksanakan di kampung seluruh negeri pada tahun ini.

Program ini akan membantu menyalurkan maklumat penting kepada orang ramai mengenai langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran.

Sementara itu, ‘fire point’ pertama di Sibu telah ditubuhkan di Kampung Pa’dris sini pada Mei lepas.

‘Fire ponit’ kedua pula di Surau Darul Ma’wa, Kampung Baharu di sini yang ditubuhkan pada September tahun lepas.

Nor Hisham menjelaskan bahawa setiap ‘fire point’ diwujudkan di kawasan umum dan strategik.

Ini bagi membolehkan orang ramai dengan mudah mendapatkan alat pemadam api dipasang dalam masa yang diperlukan, katanya.

“Lokasi yang ideal adalah kedai-kedai runcit, masjid atau rumah pemimpin masyarakat.

“Dengan cara itu apabila kebakaran berlaku, penduduk boleh mendapatkan alat pemadam api dengan pantas untuk mencegah kebakaran sementara menunggu bantuan tiba,” katanya.