Baru mahu jadi ‘suara rakyat’ di Sabah, Sarawak

0

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan Baru Bian me-nawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden bagi mewakili ‘suara rakyat’ di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, beliau masih meletakkan harapan untuk dipilih bagi memegang jawatan itu pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya dapat mewakili rakyat Sabah dan Sarawak di peringkat pusat.

Jelasnya, pemilihan jawatan tertinggi parti itu dijadualkan dari 25 April ini hingga 11 Mei.

“Saya tidak akan meng-undur diri, saya masih lagi bertanding di peringkat pusat untuk jawatan Naib Pre-siden.

“Saya menawarkan diri bagi jawatan itu untuk me-wakili suara rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Negeri di sini semalam.

Pengerusi PKR Sarawak itu. berkata, hanya beliau seorang sahaja dicalon mewakili wilayah Sabah dan Sarawak pada pemilihan itu.

“Sudah menjadi keperluan untuk mempunyai wakil dari Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan tertinggi di peringkat pusat,” jelasnya.

Pada masa sama, Baru memberitahu tujuh wakil daripada Malaysia Timur akan bertanding merebut 20 jawatan Ahli Majlis Tertinggi Pusat.

Jelasnya, antara mereka yang bertanding termasuk ADUN Krian Ali Biju dan enam yang lain dari Sabah.