FAMA anjurkan pelbagai program rai ulang tahun Medan Niaga Satok

0

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menganjurkan Pesta Medan Niaga Satok sempena ulang tahun pertama tapak niaga berkenaan dari 25 hingga 27 April ini.

Medan Niaga Satok merupakan simbolik kepada tarikan pelancong dan penduduk setempat di sini.

Dalam kenyataannya semalam, FAMA yakin program berkenaan dapat mempergiatkan aktiviti mempromosikan Medan Niaga Satok kepada orang ramai, selain memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi-kan produk keluaran mereka melalui aktiviti jualan.

Ia dijadual dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Sebanyak 80 buah gerai jualan dan pameran untuk usahawan disediakan sejajar dengan usaha membantu membangunkan usahawan terutama di Medan Niaga Satok.

Antara aktiviti lain akan diadakan selain berniaga pada hari pertama penganjuran ialah jualan promosi produk ushawan, pameran ketenteraan dan keselamatan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan memasak hasil laut produk Agromas, ‘busking live,’ bermukun, ‘nopeng’ dan pertan-dingan kilauan emas umur 40 tahun.

Pada 26 April pula akan berlangsung pameran ‘Fun Cat Show,’ pertandingan mewarna kanak-kanak KEMAS dan anak peniaga Medan Niaga Satok, pertandingan gubahan bunga dan buah-buahan, pameran permotoran, per-tandingan berbasikal klasik, pertandingan pakaian lelaki gaya 60-an dan pertandingan kilauan emas.

Program hari Ahad, 27 April pula menyaksikan pertandingan memancing, ‘busking live’ dan demonstrasi masakan.

Orang ramai dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan program ber-kenaan.