Sarawak berada pada kedudukan kelima Kejohanan Wushu KPM

0

KUCHING: Sarawak berada pada kedudukan kelima keseluruhan Kejohanan Wushu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Ke-5 di Stadium Bandaraya Johor Bahru.

Dua pingat emas, lima perak, satu gangsa dan tiga tempat keempat diraih peserta Sarawak pada kejohanan tiga hari itu.

Bong Yun En dan Mandy Lim Xin Hui menyumbang dua pingat emas kepada Sarawak.

Dalam penampilan keduanya, Yun En muncul pemenang kategori changquan Wanita D dengan mengutip 8.15 mata, manakala Mandy Lim memenangi nanquan Wanita B dengan 8.43 mata.

Landy Liew Jia Yee pula memenangi perak dalam changquan foundation Wanita D selepas mengutip 8.55 mata, manakala pemenang emas tahun lalu, Yong Arifah Khairul Kok kedua dalam taijiquan Wanita B dan ketiga taijijian Wanita B.

Arifah juga diumumkan peserta bukan Cina terbaik pada kejohanan itu.

Pemenang perak lain merupakan Stephanie Ngu (nanquan Wanita C), Fu Wen Jie (jianshu Wanita C) dan Bong Yun Pin (jianshu Lelaki C).

Melaka muncul juara keseluruhan dengan 14 emas, 10 perak dan tiga gangsa diikui Pulau Pinang (11 emas, lapan perak dan tiga gangsa), Negeri Sembilan (tiga emas, lapan perak dan tujuh gangsa) manakala Kedah keempat (dua gangsa, empat perak dan enam gangsa).