Sarawak tidak menaruh harapan tinggi

0

Satu pingat sama ada emas, perak dan gangsa sudah memadai, kata Abdul Razak

KUCHING: Tiada harapan tinggi ditetapkan kepada skuad memanah Sarawak pada termasya Sukan Malaysia (SUKMA) XVII di Perlis kerana sasaran hanya satu pingat.

Jurulatihnya, Abdul Razak Yaacob berkata sasaran itu ditetapkan berdasarkan kekuatan semasa pasukan yang kebanyakannya diwakili pemanah baharu dan tidak berpengalaman.

“Saya tidak menaruh harapan t inggi kepada kumpulan baharu ini kerana mereka memerlukan masa untuk membangunkan diri dan pasukan.

“Bagi saya satu pingat sama ada emas, perak dan gangsa sudah memadai,” katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Razak, pasukan negeri-negeri lain juga sudah pasti berasa bimbang kerana tidak mempunyai pemanah hebat disebabkan lebih umur termasuk Negeri Sembilan yang merupakan jaguh acara ‘recurve’.

SUKMA tahun ini akan berlangsung di Perlis pada 25 Mei hingga 4 Jun depan.

Abdul Razak menambah, ketika ini kebanyakan pemanah Sarawak dipersiapkan untuk menghadapi SUKMA 2016 yang mana negeri ini dijangka akan menjadi tuan rumah.

Katanya, pasukan memanah negeri masih dalam proses pembangunan semula kerana kebanyakan pemanah yang bertanding pada SUKMA lalu sudah melebihi had umur.

“Sarawak mesti terus mencari baka t -baka t baharu kerana pencapaian negeri ini pada SUKMA di Kuantan, Pahang 2012 merupakan satu sejarah,” katanya.

Pada SUKMA XV di Pahang dua tahun lalu, Sarawak meme – nangi tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Menurut Abdul Razak, sekurang-kurangnya empat daripada pemanah yang bertanding pada Kejohanan Memanah Sarawak Ke-18 akan dipilih mewakili pasukan SUKMA Sarawak.

Kejohanan itu dianjurkan SMK Tabuan Jaya dan berlangsung dari 23 hingga 27 April lalu.