JASA dan MDPHM Lawas jayakan program gotong-royong

0

Oleh Mastura Ismail //

BERAT SAMA DIPIKUL: Golongan lelaki bersatu tenaga mengangkat tong air ke kawasan yang lebih sesuai.

PROGRAM Membara Gotong- Royong anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lawas bersama jawatankuasa Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin (MDPHM) di Lawas barubaru ini dilihat platform terbaik memperkukuhkan kerjasama dan s emanga t muhiba h penduduk kampung.

Pegawai JASA Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari Abdul Kadir Bayan berkata, program berkenaan menerapkan semangat gotong-royong, tolong-menolong serta perasaan muhibah yang sangat tinggi.

“Program gotong-royong ini perlu diterapkan dan disuburkan kembali ekoran peredaran masa dan ramai orang yang mengejar kemewahan dan kesenangan sehingga seolah-olah mengabaikan nilai-nilai manusia sejagat yang positif, seperti semangat gotongroyong, tolong-menolong dan perasaan muhibah itu.

“Dengan adanya program yang diilhamkan kerajaan ini ia boleh mengeratkan lagi semangat silaturahim, semangat muhibah dalam kalangan masyarakat hari ini,” katanya lagi.

Abdul Kadir juga melahirkan penghargaan kepada semua penduduk kampung termasuk Pengerusi MDPHM Awang Damit Ali Hasan yang bertungkus- lumus menjayakan program berkenaan.

BERGANDING BAHU: Golongan dewasa dan kanak-kanak bersamasama membersihkan pokok yang ditebang.

SEMANGAT MUHIBAH: Sebahagian daripada penduduk kampung yang menjayakan Program Membara Gotong-Rotong di Kampung Dato Kuala Lawas baru-baru ini.