Kerajaan terus bantu rakyat luar bandar

0

Oleh Edwin Raoh

LUBOK ANTU: Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie menasihati rakyat di luar bandar agar terus bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menikmati pembangunan berterusan.

Menurutnya, hanya BN yang mampu meningkatkan taraf hidup dan menyalurkan pembangunan kepada rakyat negeri ini terutama di luar bandar.

“Untuk terus menikmati pembangunan berterusan daripada kerajaan BN maka rakyat luar bandar harus terus bersama BN,” katanya pada Program ‘Nemuai dan Ber-ambeh’ anjuran Pergerakan Wanita Pusat Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan kerja-sama Biro Tata Negara Sara-wak di Rumah Guyu, Nanga Ukom Hulu Engkari, Lubok Antu Ahad lalu.

Pada majlis itu, Doris ber-kesempatan bertemu dan meraikan hari jadi pertama seorang kanak-kanak bernama Doris sempena mengambil namanya (Doris).

Kanak-kanak perempuan itu baharu lahir semasa Doris berkempen bersama Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing di Rumah Guyu Nanga Ukom pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.

Oleh kerana ibu kanak-kanak itu mengalami masalah memberi susu badan kepada bayinya, maka Masing dan Doris telah mengarahkan helikopter yang digunakan untuk berkempen balik ke pekan Lubok Antu untuk membeli susu tin kepada bayi tersebut ketika itu.

Sempena hari jadi Doris itu, Pergerakan Wanita PRS Pusat turut menyumbang kek, pakaian dan beg kepada kanak-kanak itu.

Turut memberi sumbangan peribadi kepada kanak-kanak itu ialah Doris, Masing dan Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, masing-masing RM200 seorang.

Pada majlis itu, Doris memperuntukkan RM5,000 kepada JKKK Guyu, Nanga Ukom dan RM3,000 kepada Biro Wanitanya.

Turut hadir Setiausaha Po-litik Ketua Menteri Angeline Umih Tujok, Pegawai Da-erah Lubok Jack Aman Luat, Pegawai Penerangan Parlimen JASA Lubok Antu Geoffery Baja, ecxo Wanita PRS Pusat dan ketua-ketua masyarakat Lubok Antu.