Futsal sempena Piala Dunia 2014 di Mukah

0

MUKAH: Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dengan kerjasama Kelab Futsal Daerah Dalat (KFDD) menganjurkan kejohanan KFDD Futsal ‘Challenge Brazuca World Cup’ Peringkat Bahagian Mukah pada 30 Mei hingga 1 Jun.

Perlawanan yang akan diadakan di Dewan Utama Stadium Perpaduan Dalat itu mengikut jadual kumpulan dan perlawanan mengikut seratus peratus jadual asal Piala Dunia 2014.

Kejohanan tersebut terhad untuk 32 pasukan sahaja dan terbuka untuk semua pasukan futsal lelaki yang berminat.

Selain itu, nama pasukan pada kejohanan itu akan menggunakan nama negara yang bermain untuk Piala Dunia yang akan ditentukan cabutan undi.

Borang penyertaan mula diedar pada Jumaat ini (9 Mei) dan boleh menghubungi Daniel di SMK Dalat dan Royston di Pejabat Persatuan Melanau Mukah.