Tiada keperluan wakil rakyat PKR sertai TERAS, kata Baru

0

KUCHING: Tidak ada keperluan bagi wakil rakyat PKR menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Dengan menegaskan pendirian wakil rakyat parti itu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian sekali gus menepis kenyataan jurucakap TERAS, Tan Sri William Mawan Ikom.

“Kami telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum menyertai PKR dan keputusan kita masih begitu.

“Kami masih bersama Pakatan Rakyat dan sekarang bersiap sedia menghadapi pili-han raya seterusnya bersama-sama parti Pakatan Rakyat,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Mawan berkata tiga orang wakil rakyat daripada PKR mungkin akan menyertai TERAS yang diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Ogos 2013.

Wakil rakyat daripada PKR ialah Baru Bian sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan, Ali Biju (ADUN Krian), See Chee How (ADUN Batu Lintang) dan Ahli Parlimen Miri Michael Teo.

Sementara itu, Pakatan Rakyat memutuskan untuk bertanding 46 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri seterusnya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata DAP, PKR dan PAS akan berusaha memberi saingan hebat kepada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama kerusi-kerusi terbabit.