Hilang di Kuching, dikurung di Kajang

0

KUCHING: Marcela Peter yang dilaporkan hilang sejak 10 Mei lalu ditemui dikurung dalam stor sebuah rumah di Kajang, Selangor pagi semalam.

Menurut bapanya Peter Gatey, mangsa ditemui sepasukan polis daripada Balai Polis Kajang susulan penangkapan seorang lelaki yang difahamkan berasal dari Sarawak di kediaman tersebut.

“Marcela kini di Hospital Kajang dan masih dalam pemeriksaan doktor. Dia masih trauma dengan kejadian tersebut.

“Kami tidak pasti jika dia mengenali lelaki itu atau sebaliknya dan polis masih menyiasat motif lelaki itu membawa lari anak saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Remaja berusia 15 tahun itu dipercayai dipukau sehingga lupa diri.

Namun ketika ditemui di Hospital Kajang semalam, mangsa masih mengenali ibu bapanya.

Peter memberitahu, keluarganya turut menggunakan khidmat bomoh untuk mencari Marcela dan hanya selepas itu Marcela memberitahu lokasi dirinya.

“Kali pertama kami berjumpa bomoh, dia memberitahu mata saya dan isteri telah dikaburi semasa menunggu Marcela balik dari kelas tambahan sebab itu kami tidak menyedari ketika dia lalu di hadapan kereta kami dan masuk ke kereta lain.

“Bomoh itu turut mengatakan Marcela masuk ke kereta lain kerana menyangka ia adalah kami,” katanya.

Sebelum ini, Marcela turut dikatakan menghubungi sepupusepupunya melalui WeChat dan memberitahu bahawa dia berada di Kuala Lumpur.

Susulan itu, keluarganya pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Ahad lepas untuk mendapat pengesahan daripada syarikat penerbangan AirAsia.

Syarikat penerbangan tambang murah itu turut mengesahkan Marcella menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada 13 Mei.

Sebelum ini, gadis tersebut dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Kebang saan (SMK) Matang Hilir di sini.

Tiada antara rakannya yang melihat kelibat Marcela selepas tamat sesi kelas tam bahan pada hari tersebut meskipun puas bertanya.

Ibu bapanya mula risau apabila Marcela tidak munculmuncul pada jam 1 petang, sedangkan kelas tambahan itu dijadualkan tamat jam 11.15 pagi, 10 Mei lalu.

Guru turut mengesahkan remaja itu berada dalam kelas semasa sesi pembelajaran dan keluar apabila tamat waktu persekolahan.