Pecah rumah, empat dicekup

0

SIBU: Empat lelaki termasuk seorang pembeli barang curi ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah tengah hari semalam.

Hasil maklumat, pasukan polis diketuai oleh Inspektor Mohd Firdaus Safuan berjaya menangkap tiga lelaki secara berasingan termasuk di sebuah rumah di Jalan Hua Kiew dan sebuah hotel murah di Jalan Pedada sekitar jam 12 tengh hari.

Polis juga merampas dua set TV skrin leper 42 inci dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah.

Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an yang menjadi pembeli TV tersebut juga dibawa ke balai untuk membantu siasatan polis.

Difahamkan, sebuah TV skrin leper tersebut telah dijual oleh suspek dengan harga RM250 kepada pembeli berkenaan.