Lori balak lebih muatan terbalik

0

TERLEBIH MUATAN: Lori balak yang terbalik di simpang Wisma Persekutuan Lawas semalam.

LAWAS: Akibat terlebih muatan sebuah lori sarat dengan kayu balak tiba-tiba terbalik berhampiran sim­pang Wisma Persekutuan Lawas di sini semalam.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu dipercayai akibat terlebih muatan sebelum terbalik di bahu jalan.

Kejadian itu menyebabkan sebuah kenderaan berwarna merah yang diparkirkan di kawasan berhampiran turut rosak selepas dihempap kayu balak terbabit.

Bagaimanapun, tiada ke­malangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Ca­wangan Jabatan Pengangku­tan Jalan (JPJ) Lawas, Julaihi Dison ketika dihubungi mem­beri amaran kepada pemilik kenderaan barangan agar tidak membawa barangan lebih muatan kerana tindakan undang-undang dikenakan amat serius.

“Kita kerapkali mengin­gatkan kenderaan barangan agar tidak membawa barangan dan muatan berlebihan kerana boleh mengancam keselama­tan dan nyawa orang lain.

“Kita mengingatkan mere­ka bahawa tindakan undang-undang yang dikenakan amat serius,” jelasnya.

Beliau menambah, pihakn­ya akan berusaha menggu­nakan alat timbang mudah alih untuk menimbang ken­deraan lebih muatan secepat mungkin di sini.

Pada masa ini, katanya, peralatan tersebut sudah diguna pakai di daerah Lim­bang.

Selain itu, operasi dan pe­mantauan secara berterusan akan terus dijalankan mem­babitkan empat anggota di Lawas.

Sementara itu, turut berada di lokasi kejadian membantu pihak lori berkenaan ialah Jabatan Bomba dan Penye­lamat Daerah Lawas.