30 belia sertai Kem Muaythai di Sematan

0

KUCHING: Seramai 30 belia dari Kuching, Lundu, Samarahan dan Bintulu dalam peringkat umur 16-20 tahun turut serta dalam Kem Muaythai pada 9 hingga 11 Jun lepas bertempat di Kem Pueh, Sematan.

Kem tersebut anjuran bersama Persatuan Muaythai Kuching (PMK), Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak (KPS) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Presiden PMK Jumaat Ibrahim berkata objektif utama kem bagi membolehkan anakanak Sarawak mengenal lebih mendalam erti sukan muaythai selain untuk memantapkan kemahiran sedia ada.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan jati diri dan semangat berjuang bagi atlet muaythai di negeri Sarawak.

Tambahnya, program selama tiga hari itu juga menjadi landasan bagi memilih dan mengesan bakat-bakat baharu yang dapat dijadikan pelapis bagi sukan tersebut.