Hari Bersama PI1M Fort Renee dapat sambutan menggalakkan

0

PERASMIAN: Wahab (dua kanan) memotong reben bagi merasmikan PI1M Fort Renee. Turut kelihatan (dari kiri) Fadli, Adiman, Syakirin dan Kasdi.

RAI: Wahab (tengah) memotong kuih sempena meraikan Hari Bersama PI1M Fort Renee.

HATI-HATI: Peserta kanak-kanak menyertai salah satu acara sukan rakyat yang dipertandingkan semasa Hari Bersama PI1M Fort Renee.

 

 

Oleh Nicklos Louis Kaderi //

PUSAT Internet 1Malaysia (PI1M) Fort Renee di Saratok telah melaksanakan program Hari Bersama PI1M Fort Renee dengan jayanya apabila mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Saratok.

Hari Bersama PI1M Fort Renee diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan komuniti setempat selain memperkenalkan PI1M yang beroperasi sejak Februari lalu kepada komuniti serta menambah keahliannya.

Serentak dengan itu juga, majlis perasmian PI1M Fort Renee Saratok telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Abdul Wahab Aziz.

Turut hadir ialah Pengarah SKMM Sarawak Adiman Ajem, Pegawai Telekom Malaysia Syakirin Ismail, MSD Regional Manager Abdul Rahim, Pengurus PI1M Fort Renee Saratok Mahathir Zolkifl i, pengerusi ahli jawatankuasa (AJK) PI1M Fort Renee Kasdi Pandi, AJK PI1M Fadli Othman, ketua-ketua masyarakat serta penduduk sekitar.

Bersempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan menaip dengan pantas, mewarna secara atas talian, video kreatif dan sukan rakyat.

Selain itu, aktiviti Program Klik Dengan Bijak mendapat penyertaan 40 pelajar Sekolah Hari Bersama PI1M Fort Renee dapat sambutan menggalakkan Menengah Bahasa Malaysia Saratok, 40 pelajar Sekolah Agama Sri Aman 2, Saratok dan 40 belia GIATMARA.

Pada program tersebut juga, PI1M For t Renee telah berjaya mencapai keahlian seramai 280 orang dengan 80 pendaftaran keahlian baharu.

Seramai lima orang usahawan pula terlibat dalam mempromosikan barangan mereka, manakala pihak ASNB memberikan taklimat kepada komuniti Saratok berkaitan Skim Amanah Sara 1 Malaysia (SARA1M).