Lelaki terkejut identiti disalah guna ugut wanita melalui FB

0

SIBU: Seorang lelaki bekas pengawal keselamatan, 30-an, tergamam selepas nama dan gambarnya disalah-         gunakan oleh orang lain untuk tujuan mengugut seorang wanita melalui  Facebook (FB).

Beberapa hari lepas, seorang wanita membuat laporan polis selepas menerima satu pesanan berbaur ugutan daripada seorang lelaki yang ditujukan kepadanya melalui media sosial berkenaan.

Bertindak daripada maklumat, polis telah meng-arahkan satu pasukan polis untuk menjejaki lelaki berkenaan yang tinggal di Julau.

Polis kemudian meminta kerjasama lelaki terbabit supaya tampil ke Balai Polis Sentral untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Apabila pegawai penyiasat membuka akaun FB yang digunakan untuk melakukan ugutan terhadap wanita berkenaan, lelaki yang disyaki tersebut memberitahu bahawa nama penuh serta gambar yang ditunjukkan kepadanya memang betul, tetapi bukan dia yang membuka akaun FB tersebut.

Sebaliknya, dia mempunyai akaun tersendiri yang menggunakan nama samaran.

Lelaki tersebut memberitahu polis bahawa nama dan gambarnya telah disalahgunakan oleh pihak ketiga untuk melakukan jenayah itu.

Selepas diambil ketera-ngan, lelaki tersebut di- bebaskan semula.

Sehingga berita ini ditulis pihak polis masih belum melakukan sebarang tangkapan lain berkaitan kes berkenaan.