tHe Spring turut sahut Cabaran Baldi Ais

0

KAMI SAHUT CABARAN: Beberapa kakitangan tHe Spring yang diketuai Christine menyahut Cabaran Baldi Ais, baru-baru ini.

KUCHING: Pengurusan Pusat Beli-Beli tHe Spring di sini tidak ketinggalan menyahut Cabaran Baldi Ais (Ice Bucket Challege) untuk menunjukkan komitmen membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

Pengurus Besarnya Christine Ling dalam kenyataan akhbar semalam berkata, beliau dicalonkan oleh rakan sekerja namun memutuskan untuk menerima cabaran tersebut bersamasama dengan kakitangan lain.

Selain itu, sebanyak RM5,000 juga telah disumbangkan kepada ALSA.Org untuk menyokong penyelidikan yang sedang dijalankan.

Kolam air pancut ikonik tHe Spring menjadi lokasi bagi menyahut cabaran tersebut dan rakaman video cabaran itu boleh ditonton secara terus menerusi laman Facebook rasmi tHe Spring.

“Kami (tHe Spring), kini mahu mencalonkan beberapa nama untuk menyahut cabaran ini seperti Datuk Richard Curtis (Cahya Mata Sarawak Berhad), Datuk Torstein Dale Sjotveit (Sarawak Energy Berhad), Jason Tai (Pansar Berhad), Jurgen W.  Pickenhagen (Trienekens Sarawak), Allan Soo (CBRE Malaysia), Joseph Lau (Perdana Parkcity) dan Andrew Stanleick (COACH Malaysia & Singapura),” kata kenyataan akhbar itu.

Kesemua senarai nama yang dicabar diberi tempoh 24 jam untuk menyahut cabaran itu.