PRN: SWP giat bergerak ke peringkat akar umbi

0

SIBU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) sedang bergerak ke peringkat akar umbi sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presidennya Munan Laja berkata, walaupun masih terlalu awal, namun langkah menyiapkan diri amat perlu terutama di kawasan-kawasan penting termasuk luar bandar.

Pun begitu, jelasnya, SWP masih belum menetapkan kawasan yang akan ditandingi-nya pada PRN akan datang.

“Kita hanya tunggu dan lihat sehingga satu ketetapan dibuat oleh pemimpin-pe-mimpin parti,” ujar beliau menerusi kenyataan media baru-baru ini.

Katanya, apa yang lebih penting SWP perlu bergerak aktif dalam usaha melebarkan sayapnya selain meningkatkan lagi keyakinan rakyat.

Selain itu, jelasnya, belum ada sebarang keputusan dilakukan sama ada akan bertanding sekiranya terdapat kerusi-kerusi baharu pada PRN nanti.

Menurut Munan, SWP ketika ini juga giat membentuk jawatankuasa khas dalam usaha memastikan proses persiapan menghadapi PRN berjalan lancar.

Menurutnya, jawatankuasa terbabit turut bertindak me-ngenal pasti individu berpotensi untuk diletakkan sebagai calon yang bertanding.

Katanya, presiden SWP dijangka bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus.

Dalam pada itu, SWP dijadual akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan di Sibu pada 4 dan 5 Oktober depan.

Justeru, ahli dan delegasi dijemput hadir ke mesyuarat tersebut kelak.