Lumrah dunia bola sepak

0

Oleh Harry Illias //

Sudarsono akan pastikan pemain yang berkualiti dikekalkan bagi hadapi musim baharu

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menepis dakwaan kononnya ramai pemain Sarawak akan berhijrah menyertai pasukan lain pada musim depan.

Presiden FAS Datu Sudarsono Osman berkata sudah menjadi lumrah ramai pemain akan mula mencari pasukan baharu untuk disertai setiap kali musim berakhir.

Mengulas mengenai laporan dalam media sosial kononnya banyak pasukan berminat untuk mengikat pemain Sarawak, Sudarsono berkata ia perkara biasa kerana pasukan lain juga mahu memantapkan persediaan mereka bagi menghadapi musim baharu.

“Jika banyak pasukan berminat terhadap pemain Sarawak, ia jelas menunjukkan pemain kita mempunyai kualiti yang setanding dengan pasukan lain,” katanya semalam.

“Namun kita akan memastikan pemain yang benarbenar berkualiti dikekalkan dalam skuad bagi mengharungi musim depan.”

Sudarsono yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menambah FAS akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi membincangkan persiapan skuad Ngap Sayot menghadapi Liga Malaysia 2015.

Laporan dalam media sosial hangat memperkatakan Sarawak bakal kehilangan ramai pemain bintang yang memilih untuk menyertai pasukan lain pada musim depan.

Antaranya kapten Sarawak Joseph Kalang Tie, Ashri Chuchu, Junior Eldstal, S Chanturu, Fadzley Rahim dan Sani Anuar Kamsani.

Skuad pimpian Robert Alberts menamatkan kempen Liga Super 2014 di tangga ketujuh dengan mengumpul 3 0 mata.

Juara Liga Perdana 2013 i t u juga tersingkir awal di peringkat kumpulan pada kempe n Piala Malaysia musim ini.