Masjid Darul Ehsan Piasau anjur tilawah al-Quran, nasyid

0

MIRI: Masjid Darul Ehsan Piasau di sini mempelawa masyarakat setempat menyertai tilawah al-Quran dan nyanyian pada 24 Oktober hingga 26 Oktober.

Jurucakap penganjur memberitahu bagi pertandingan tilawah al-Quran, ia terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, manakala bagi kategori belia berumur antara 10 tahun hingga 17 tahun.

Bagi pertandingan nasyid, setiap kumpulan perlu disertai tidak kurang daripada enam sehingga lapan orang, boleh disertai secara berkumpulan lelaki dan perempuan.

Pertandingan nasyid  terbuka kepada mereka yang berumur 16 tahun hingga 45 tahun dan kedua-dua terbuka kepada seluruh penduduk Sarawak.

Menurutnya, ini adalah tahun ketiga kedua-dua pertandingan itu diadakan bagi merebut Piala Cabaran Dato Haji Wan Morshidi, yang juga pengerusi Masjid Darul Ehsan Piasau.

Kemasukan adalah percuma dan tarikh tutup penyertaan pada 22 Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut berhubung penyertaan, mereka yang berminat boleh menghubungi Majidi Yahya di talian 012-8767620, Ustaz Drs Amin Wahid (016-8522799),  Abdul Rahim Abdul Rahman (013-8371741), Iman Awang Mashor (013-8146066), Abdullah Gani (012-8777721), Maimunah Liu (019-8841954) atau Imam Anuar Olong (016-8760493).