Sedia bas awam percuma selama lima tahun: Wong

1

Saranan dibuat susulan kapasiti jalan raya di Kuching tidak mampu menampung kesesakan trafik dalam tempoh itu

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King Wei semalam menyarankan kepada kerajaan negeri untuk menyediakan bas awam percuma di bandar raya ini bagi tempoh lima tahun ini.

Saranan tersebut dibuat susulan daripada kapasiti jalan raya di bandar raya ini yang dilihat tidak mampu menampung kesesakan trafik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Malah menurut Wong, mengikut laporan Jabatan Ke-selamatan Jalan Raya Sarawak yang dikeluarkan 4 November tahun ini, jika tiada penambahbaikan ke atas perkhidmatan pengangkutan awam di bandar raya ini, jalan raya di Kuching tidak mampu menampung peningkatan trafik.

“Terdapat tiga manfaat utama daripada penambahbaikan perkhidmatan pangangkutan awam.

“Pertama mengurangkan beban ekonomi rakyat, me-ngurangkan pelepasan karbon dioksida dan membaiki tahap keselamatan di jalan raya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bahasnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks DUN di sini semalam.

Tambah Wong lagi, rakyat kini berhadapan dengan beban ekonomi yang semakin berat dan kerajaan bertanggungjawab untuk membantu meringankannya.

Cara mudah untuk meringankan beban rakyat adalah dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak membebankan rakyat.

“Mempunyai sistem peng-angkutan awam yang lengkap akan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan bas berbanding kereta.

“Secara tidak langsung ia bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah yang mana lebih efektif daripada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Dengan mengurangkan penggunaan pemilikan kenderaan, isi rumah boleh menyimpan RM500 sebulan daripada membayar pin-            jaman kereta, insurans,          minyak dan penyelenggara-an,” ujarnya.

Jelas Wong lagi, kerajaan yang baik bukan dinilai daripada keupayaan rakyatnya memiliki kereta tetapi ke-upayaan rakyat untuk me-milih tidak membeli kereta.

Buat masa sekarang rakyat terpaksa membeli kereta kerana tiada alternatif lain untuk mereka selain memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan pergerakan dan menjalankan urusan.