MLNG rai pengamal media Bintulu dengan majlis meriah

0

BINTULU: Majlis Malam Penghargaan Media anjuran MLNG Sdn Bhd bertemakan `MLNG Media Getaway & Boogie Nite’ meriah dengan penganjuran pelbagai aktiviti di Kelab Kidurong Bintulu (KKB) malam kelmarin.

Antara aktiviti diadakan pada siangnya ialah karnival sukan `Amazing Race’ dan malamnya pula diadakan jamuan malam serta permainan melibatkan pertandingan`Limbo Rock, Hula Hop dan aksi serta nyanyian ‘miming’ pelbagai jenis lagu.

Acara dan pertandingan itu telah disertai wartawan dan kakitangan pelbagai agensi media di Bintulu.

Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia MLNG Ruzila Idin berkata, penganjuran Malam Penghargaan Media diadakan lebih kepada acara jamuan makan namun tahun ini penganjur cuba membawa kelainan dengan tema berbeza.

“Kelainan ini bertujuan agar hubungan dengan media terus diperkukuh seterusnya dapat bersama-sama menyertai program dengan lebih seronok,” jelasnya dalam ucapan ringkas pada majlis itu malam kelmarin.

Menurut Ruzila, malam penghargaan untuk pengamal media di bahagian ini diadakan setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada media yang sering membuat liputan mengenai program dan aktiviti yang dianjurkan MLNG.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Jabatan Hal Ehwal Awam MLNG Norazibah Md Rabu, Pengerusi Persatuan Wartawan Bintulu Nurul Shima Shahminon dan pegawai kanan MLNG.