Ngap Sayot dibaham Sabah 2-1

0

KUCHING: Persiapan Sarawak menghadapi Liga Malaysia 2015 sedikit tersentap apabila kalah 2-2 di tangan Sabah pada perlawanan pramusim di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam kelmarin.

Biarpun mendahului pada minit ke-21 menerusi jaringan Ashri Chuchu namun pasukan negeri jiran itu menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua.

Dua gol Sabah masing-masing dijaringkan bekas pemain Liverpool dari Senegal, El Hadji Diouf dan Maxius Musa.

Penolong jurulatih Sarawak, David Usop berkata Sarawak tidak membariskan penyerang import baharu Billy Mehmet pada perlawanan itu.

“Ia hanya perlawanan persahabatan dan pentas mencuba kombinasi pemain-pemain baharu.

“Kita tidak menurunkan Billy hanya Ivan Fatic, Ryan Alan Griffiths dan Jimmy Modeste diturunkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kekalahan menentang Sabah bukan kayu pengukur kemampuan sebenar pemain-pemain.

“Bagi saya ia bukan prestasi sebenar pasukan kita kerana sekadar latihan dan persiapan menghadapi musim baharu,” ujarnya.

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan semua pemain tempatan.

“Kita memang nampak impak daripada pemain-pemain tempatan termasuk pemain baharu.

“Namun ada kalangan pemain perlu digilap kerana corak permainan dengan pasukan lama mereka berbeza,” katanya.