Warisan Permata ‘Raja Sungai’ Batang Oya

0

TAHNIAH: Fatimah menyampaikan piala Raja Sungai Dalat kepada Mossuandi sambil disaksikan tetamu lain.

DALAT: Pasukan Warisan Permata berjaya meraih gelaran ‘Raja Sungai’ Batang Oya sempena Pesta Besaug Dalat 2014 kelmarin.

Perahu bidar milik Mossuwandi Sudin, 38, dari Kampung Penat, Oya meraih tempat pertama dalam saingan akhir juara-juara mengalahkan lima lagi perahu bidar 30 pekayuh.

Warisan Permata berjaya membawa pulang Piala Raja Sungai, piala iringan dan wang tunai RM1,200.

Menurut Mossuandi, semangat kesukanann serta bekerjasama dan bersungguhsungguh menjalani latihan membuahkan hasil kepada lebih 30 anak-anak buahnya merangkul gelaran itu.

“Semangat kesukanan dan kerjasama dalam satu pasukan membolehkan kami meraih tempat pada pesta sukan air paling diminati ini.

“Ibu saya merupakan pemberi semangat kepada saya untuk berusaha dan memelihara perahu bidar ini,” tambahnya.

Sementara itu, naib juara dimenangi pasukan Ribut Tropika milik Husin Galau dan tempat ketiga dimenangi Pahlawan Negara Satu milik Julaihi Tuna semuanya mewakili kampung Penat, Oya.

Tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menerima piala dan wang tunai masingmasing sejumlah RM900 dan RM600.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah melahirkan rasa gembira dengan kelancaran penganjurkan pesta tersebut.

“Program empat hari ini berlangsung dengan jayanya dan meriah menerusi penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

“Inilah yang kita mahukan penganjurkan program seperti Pesta Besaug Dalat 2014 dapat mengeratkan hubungan berbilang kaum dan agama di sini,” katanya pada majlis penutupan pesta itu.