Mati kerana tersilap langkah lompat bot

0

LEMAS: Mayat nelayan dari Kemboja dibawa ke HUS untuk dibedah disiasat.

KUCHING: Seorang nelayan mati lemas apabila tersilap langkah ketika melompat dari satu bot ke satu bot untuk naik ke jeti di sini, kelmarin.

Mangsa yang merupakan warganegara Kemboja, dikenal pasti sebagai Srong Yong, 34.

Menurut sumber dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4.30 petang kelmarin, mangsa dikatakan mahu naik ke jeti namun terjatuh ke dalam Sungai Sarawak.

Rakan sekerja mangsa yang menyaksikan kejadian itu terus memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Polis daripada Balai Polis Gita turut dikerahkan ke tempat kejadian.

Mangsa hanya dapat ditemui satu setengah jam kemudian di dasar laut.

Mayatnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat sebelum diuruskan untuk penghantaran pulang ke negara asal.