Bayaran masuk rizab semula jadi, taman negara dimansuh

0

KUCHING: Sarawak Forestry mengumumkan bahawa bayaran masuk untuk semua kategori pelawat ke Rizab Semula Jadi Sama Jaya dan Taman Negara Gunung Santubong dimansuhkan bermula 1 Januari.

Pengecualian itu adalah untuk bayaran masuk manakala bayaran lain yang dikenakan masih diteruskan.

Bagaimanapun bayaran di taman negara dan rizab semula jadi yang lain di Sarawak kekal tidak berubah.

Untuk keterangan lanjut mengenai Rizab Semula Jadi Sama Jaya, Taman Negara Gunung Santubong, taman negara dan rizab semula jadi yang lain sila layari laman web Sarawak Forestry di www.sarawakforestry.com.

Orang ramai juga boleh menghubung Pejabat Tempahan Taman Negara di talian 082-248088.