201 peserta menjayakan Jom Kayuh Untuk Kesihatan

0

BINTULU: Seramai 201 pe­serta menyertai program Jom Kayuh Untuk Kesihatan ke Hulu Sebauh atau ‘Fun Ride to Hulu Sebauh’ sejauh 51 kilometer bermula dari Da­taran Esplaned di sini jam 7 pagi semalam.

Program itu turut disertai Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) merangkap Menteri Muda Pembangu­nan Belia (Luar Bandar) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan isteri Datin Lorita Rundi.

Pelepasan peserta ber­mula dari Dataran Esplaned melalui Jalan Keppel, Jalan Sebiew, Jalan Bintulu/Sibu, Jalan Hulu Sebauh seterusnya destinasi terakhir di Rumah Meikle Ding disempurna oleh Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad.

Turut menyaksikan pe­lepasan peserta itu Pemanca Rosli Kamaruddin dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Peserta melalui lima pit stop berdekatan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ja­lan Bintulu-Sibu, persimpan­gan masuk Jalan Hulu Sebauh seterusnya laluan sebelum Sungai Silas iaitu simpang masuk Rumah Lapie Lai dan simpang masuk Rumah Assan Among.

Program itu anjuran ber­sama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Majlis Keba­jikan dan Sukan Anggota-ang­gota Kerajaan (MAKSAK) Bintulu, LAKU Management Sdn Bhd Kawasan Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Tanjung Batu Cycling Club dan Kelab Berbasikal Jepak.

Peserta turut diiringi oleh 31 marsal menjaga keselamatan, anggota polis dan motosikal berkuasa tinggi termasuk pengangkutan lain yang mem­bawa peserta ke destinasi terakhir jika tidak mampu meneruskan kayuhan.

Peserta melalui jalan ber­turap dan jalan berbatu serta mengharungi 15 laluan ber­bukit.

Setibanya di Rumah Meikle Ding peserta menyertai pel­bagai program yang diatur di rumah panjang terbabit serta dijamu makan tengah hari sebelum kembali semula ke Bintulu.

Pengerusi MAKSAK Bin­tulu merangkap Residen Bahagian Bintulu, Muhamad Yakup Kari serta ketua jaba­tan kerajaan dan swasta turut menyertai acara kayuhan tersebut.