Cardiff kembali guna warna tradisi biru

0

LONDON, England: Cardiff City akan kembali meng­gunakan warna tradisi jersi mereka – biru – berkuat kuasa serta-merta, menurut pemilik kelab Liga Championship itu, Vincent Tan Jumaat lepas.

Tan memanggil satu per­temuan di antara pegawai dan penyokong kelab Khamis lepas untuk membincangkan cadan­gan penjenamaan semula yang menyebabkan jersi tradisi ke­lab ditukarkan ke warna merah pada 2012.

Keputusan Tan Jumaat lepas dibuat ekoran rekod penonton paling rendah di Stadium Car­diff City dengan hanya 4,000 penonton hadir untuk perla­wanan pusingan ketiga Piala FA menentang Colchster, satu tunjuk perasaan anti-merah yang dirancang dan ancaman enggan memperbaharui tiket bermusim.

Ada sokongan sebulat suara pada mesyuarat itu untuk kembali menggunakan jersi berwarna biru dengan lam­bang burung menggantikan logo utama kelab sebelum ini, seekor naga.

Dan Tan memberi re­spon dengan mendedahkan menerusi laman sosial Twitter kelab di mana warna tradisi kelab akan dipakai pada per­lawanan di tempat sendiri menentang Fulham semalam (Sabtu).

Dalam dua lagi komen Twitter, kelab berkata: “Be­liau (Tan) juga mengesahkan logo Cardiff City akan direka semula, memaparkan ‘burung biru’ sebagai fokus utama.

“Logo ini akan mengem­balikan semula sejarah dan kebangaan ‘Cardiff City’.”

Pengurus Cardiff, Rus­sell Slade, bercakap sebe­lum pertukaran itu disahkan, menggambarkan ia sebagai “satu langkah besar” yang akan membolehkan mereka mengekalkan kejayaan di masa hadapan.” — AFP