Dilema kontraktor

0

Oleh Siti Aisyah Ramli//

PERLU DISEGERAKAN: ‘Masjid putih’ di Taman Matang Jaya, Kuching diharap dapat disiapkan sepenuhnya menjelang Mac ini.

 

KUCHING: Pembinaan masjid digelar ‘masjid putih’ di Taman Matang Jaya di sini yang sepatutnya siap sepenuhnya tahun lalu mengalami kelewatan ekoran masalah kontraktor dan buruh binaan.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Datuk Daud Abdul Rahman yang kesal dengan perkara itu berkata, masalah berkenaan menyebabkan tempoh penyiapan masjid itu belum dapat diputuskan sehingga kini.

“Masalah kelewatan untuk menyiapkan masjid ini bukan berpunca daripada masalah kewangan atau tidak cukup wang untuk menyiapkannya. Ia adalah berpunca daripada kontraktor itu sendiri atas sebab kekurangan tenaga kerja.

“Kami hanya mahu ia (masjid) disiapkan dalam kadar segera iaitu pada Mac akan datang,” tegasnya ketika melakukan lawatan kerja ke tapak pembinaan masjid yang menelan kos RM14 juta itu, semalam.

Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, sekiranya sehingga penghujung Februari ini masih belum ada perubahan ketara pada perkembangan pembinaan yang ditunjukkan oleh kontraktor, mereka harus bersedia untuk pemberhentian kontrak.

Menurut beliau, pihaknya bersedia mencari serta melan-tik kontraktor lain sekiranya kontraktor sedia ada tidak dapat menyiapkan masjid itu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Beliau turut menyarankan orang ramai khususnya pen-duduk Taman Matang Jaya agar tidak melatah dengan kelewatan itu dan memahami masalah yang dialami pihak kontraktor.

“Saya tahu pihak kontrak-tor sedang berusaha menyiap-kan masjid ini, tetapi pada masa sama, penduduk diharap agar bersabar dan tidak terus melenting dengan kelewatan ini,” jelasnya.

Sementara itu, kontraktor bertanggungjawab mewakili salah sebuah syarikat pem-binaan, Koh Cheo Yong memberitahu, kelewatan pembinaan itu bukan disen-gajakan, tetapi mereka men-galami masalah kekurangan tenaga kerja.

“Sehingga hari ini (se-malam) kami mempunyai kira-kira lapan hingga 10 tenaga kerja yang ditugas un-tuk menyiapkan pembinaan masjid putih. Dan, ia merupa-kan jumlah yang mustahil sekiranya mahu menyiapkan masjid ini pada Mac ini.

“Bagaimanapun, kami se-memangnya berusaha den-gan kuat dan gigih untuk memenuhi permintaan orang ramai yang mahu ia disiapkan segera dalam tahun ini juga,” jelasnya.

Koh mengakui, beliau juga berdepan masalah dengan pembekal beberapa barangan binaan seperti jubin dan se-bagainya dan berjanji akan berusaha menyelesaikan ma-salah itu dengan segera.

Hadir sama pada lawatan ke tapak pembinaan masjid tersebut ialah Pengerusi Masjid Al-Muhajirin Taman Matang Jaya Mohd Ahir Ah-mad dan Penasihatnya Dawi Abdul Rahman.