Liga Petronas: Empat perlawanan hari ini

0

BINTULU: Liga Petronas Edisi Ke-21 (Divisyen 1) menyaksikan perlawanan empat pasukan hari ini (Sabtu) membabitkan Legend United A dan ABF di Stadium Mini Bintulu manakala UPM dan IPD Bintulu di Padang Universiti Putra Malaysia di sini.

Manakala esok (Ahad) membabitkan perlawanan antara MLNG dan BPJ FC di Stadium Mini Bintulu. Setiap perlawanan bermula jam 4.30 petang.

Sementara Liga Bintulu Piala Datuk Seri Tiong King Sing (Divisyen 2) juga hari ini menyaksikan perlawanan IPD Bintulu B dan Kebabin FC di Padang A Dewan Suarah serta Legend United B dan MLNG di Padang B (Tiruan).

Pada Ahad, perlawanan membabitkan MAB dan Lakin Bintulu FC (Padang B) serta MMEA SC (APMM) dan Fathir FC di Padang A.

Perlawanan pembukaan pada 7 Februari lalu di Stadium Mini Bintulu menyaksikan Lakin Bintulu FC menewaskan MLNG B 4-1.