Wednesday, December 8

Deretan peluang terlepas

0

HALANGAN: Ryan Griffiths dihalang pemain Pahang ketika perlawanan Liga Super 2015 di Stadium Negeri di Kuching malam Sabtu lalu.

Alberts tetap berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya selepas raih satu mata

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berpuas hati dengan kemampuan anak-anak buahnya memperolehi satu mata ketika menent ang pasukan tersohor , Pahang pada saingan Liga Super 2015 di Stadium Negeri di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, perlawanan menentang Pahang amat menarik dan keduadua pasukan saling berbalas serangan dengan deretan peluang terhidang.

“Kedua – dua pasukan menampilkan permainan baik dan mempunyai banyak peluang namun tiada jaringan dihasilkan.

“Bagi saya, perlawanan itu menarik tetapi bahagian sayap kita (Sarawak) tidak berfungsi dengan baik membantu bahagian serangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Pahang di sini malam kelmarin.

Kehi langan Mohd Shahrol Saperi memberi sedikit kesan kepada pasukan Sarawak terutamanya dalam merencanakan serangan namun pemain-pemain lain juga menunjukkan permainan menarik.

“Kita dapat lihat Billy Mehmet dan Ivan Fatic menunjukkan permainan yang cukup baik,” ujarnya.

Sarawak sepatutnya mampu menjaringkan gol pada minit ke-13 namun Ivan yang menerima lorongan cantik Joseph Kalang Tie gagal menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid.

Pemain import Pahang, Mathias Conti juga hampirhampir menceriakan pasukan pelawat namun tandukannya pada minit ke-20 berjaya diselamatkan Mohd Fadzley Rahim.

Mengulas mengenai perlawanan Piala FA menentang Kelantan pada 27 Februari ini, Alberts berkata pasukan pelawat yang kalah menentang PDRM (4-0) di gelanggang sendiri sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk menebus kehampaan itu.

“Sudah pasti mereka mahu kembali menang.

Kita perlu bersedia sepenuhnya untuk memastikan kemenangan mampu diraih dalam masa 90 minit,” ujarnya.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Negeri Kuching.

Saingan Liga Super 2015 menyaksikan Sarawak akan bertemu JDT di gelanggang lawan pada 7 Mac.