BPIEF: Kolej Sunway penyedia kursus perakaunan terbesar di M’sia Timur

0

LANCAR: Melancarkan Biasiswa Kemasukan Tan Sri Datuk Sri Dr Jeffrey Cheah ketika Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak 2014.

KUCHING: Lepasan sekolah yang ingin menceburi kerjaya dalam perakaunan boleh mengunjungi ruang pameran Kolej Sunway Kuching akan menyertai Pameran Pendidikan Antarabangsa The Borneo Post (BPIEF) 2015 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Pameran pendidikan edisi keenam itu akan dianjurkan pada 21 hingga 22 Mac ini, dari jam 10 pagi hingga 6 petang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Kolej itu meraikan ulang tahun ke-10 pada tahun lepas dan menerima pengiktirafan meluas sebagai pusat utama bagi beberapa kursus perakaunan profesional dan vokasional.

Ia merangkumi ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah), CAT (Juruteknik Perakaunan Bertauliah), LCCI (Dewan Perniagaan dan Industri London) Kelayakan Diploma Antarabangsa dalam Perakaunan, Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Institut Pembangunan Profesional (IPD) Diploma Eksekutif Perniagaan Perakaunan dan Sijil Kerjaya dalam Buku Simpanan.

Dengan populasi pelajar seramai 1,500, Sunway merupakan penyedia kursus perakaunan terbesar di Malaysia Timur.

Kolej itu turut menerima kelulusan dari Kementerian Pendidikan untuk menjalankan program diploma – Diploma dalam Perakaunan.

Sempena dengan pengambilan Mac dan April, Sunway akan menganjurkan hari terbuka pada 7 hingga 8 Mac dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Hari terbuka itu akan memaparkan ceramah kerjaya, pratonton kursus, pertanyaan biasiswa dan bantuan kewangan dan kaunseling kerjaya.

Bagi membolehkan ibu bapa dan bakal pelajar untuk menghadiri kaunseling mengikut keselesaan masa, Sunway akan melanjutkan waktu operasi pada 8 hingga 22 Mac.

Dalam tempoh itu, waktu operasi adalah seperti berikut: Isnin hingga Jumaat – 8.30 pagi hingga 9 malam, Sabtu – 8.30 pagi hingga 5 petang dan Ahad – 10 pagi hingga 4 petang.

Semua kursus di Sunway diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan lembaga penasihat industri yang merangkumi lebih 20 ahli dari pelbagai industri.

Sunway adalah penyedia pengajian pertama di Malaysia Timur dan hanya satu daripada tujuh institusi pengajian di seluruh Malaysia menerima anugerah Rakan Pembelajaran Status Platinum Diluluskan oleh ACCA.

Platinum merupakan tahap kelulusan tertinggi yang dianugerahkan ACCA kepada institusi pengajian, dimana ACCA yakin untuk mengesyorkannya kepada pelajar.

Di seluruh dunia, hanya 105 insititusi pengajian menerima anugerah berprestij yang diterima apabila mencapai indikasi prestasi seperti peratusan lulus, pengurusan efektif dan perkhidmatan sokongan relevan.

Selepas mencapai Platinum pada 2010, Kolej Sunway Kuching berjaya mencapai status elit sejak sembilan peperiksaan terakhir secara berturut-turut.

Bagi menggalakkan lebih ramai orang menyertai kerjaya dalam perakaunan dan kewangan, Kolej Sunway Kuching bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk menawarkan biasiswa seperti Yayasan Sarawak dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (TERAJU), Skim Latihan dan Pendidikan ACCA, Yayasan Pendidikan Teknikal Rakyat Sarawak (TERAS), dan Biasiswa Kemasukan Yayasan Tan Sri Datuk Seri Dr Jeffrey Cheah.

Untuk keterangan lanjut mengenai kursus-kursus di Sunway, hubungi 082-451221 atau kunjungi kampus kolej di Song Plaza, Jalan Song.

Untuk keterangan lanjut mengenai BPIEF 2015 akan datang dan para pempamer, layari laman web rasmi www.bpief.com atau kunjungi laman Facebook atau Twitter (@theBPIEF).

Pempamer yang berminat boleh menghubungi atau menulis kepada Sekretariat BPIEF 082-330213 atau e-mel [email protected].